Khamis, 5 Mac 2009

Pelamin anganku......banjir


Dari hari aku mula menerima hati dan harapan seorang lelaki aku masih jua belum pasti samada ia itukah yang dinamakan cinta.....tapi aku tetap setia juga dan selama 4 tahun berkawan macam-macam yang kami tempuh. Bukan gangguan orang ketiga tetapi.....

Masa Din mula telefon aku, aku masih ada yang shikit-shikit sayang tu dekat aku. Mungkin sebab tu aku tak berapa kisah dengan Din. Tapi bila aku dah berpindah ke IP hubungan kami makin rapat. Bila dia balik dari Sabah, ada saja buah tangan untukku. Dan suatu hari tu TM akan menganjurkan dinner, kebetulan hari tu sama dengan dia balik ke sini. Aku ajak Din sekali, tapi katanya segan tapi dia janji nak hantar dengan ambik aku selepas dinner. Oklah mungkin penat kot, tak apalah janji aku ada transport balik malam ni.

Dinner start pukul 8, tapi dah lebih pukul 8 dia tak sampai lagi. Sabar lagi ni. Dekat pukul sembilan baru sampai depan rumah kakak aku kat Keramat, dinner kat Kelana Jaya. Aku sampai orang dah habis makan, apa lagi bulurlah. Nasib baik ada kudapan aje. Bantai ajelah. Selesai dinner lebih kurang dekat pukul 11, aku ingat dia tunggu kat luar tapi rupanya tak ada. Dulu mana ada telefon bimbit macam sekarang. Aku tunggu ajelah kat luar tu, member aku semua dah habis balik.

Tapi adalah sorang kawan aku ni tunggu sama dengan Pakwe dia. Tunggu-tunggu tak sampai juga. Polis dah start buat rondaan, dia tanya buat apa kat sini (pakai baju dinner lawa-lawa dengan make-up lagi tengah malam kat taman, mestilah polis curious..), kitorang pun jawablah tunggu kawan ambik tapi tak sampai. Last sekali kitorang balik naik patrol car pukul 1:30 pagi. Polis tu hantar aku dulu (sebab kawan aku ada pakwe teman dia) dan nasib baik Kak Long aku tak pengsan terperanjat sebab dia ingat aku kena tangkap polis. Aku cakap Din tak ambik, teksi dah tak ada, polis aje yg nak hantar..

Besok pagi pukul 5 aku dengar Din dah telefon Kak Long aku tanya aku....kakak aku pun saja nak pedajal dia cakap aku tak balik......pukul 6 pagi dah sampai depan rumah kakak aku. Pucat lesi aku tengok muka dia. Bila dia tengok aku ada kat rumah Kak Long dia tak cakap sepatah apa pun........seminggu aku tak cakap dengan dia. (Rupanya dia tertidur kat Kem). Dia balik Sabah pun aku tak hantar. Marah tak habis lagi konon.

Aku pun tak tau macamana jadi baik balik....lepas tu dia ajak aku kahwin. Aku cakap jumpa mak aku dulu. (Masa tu mak aku sihat walafiat lagi kat Kajang). Masa aku on the way balik Kajang nak jumpa mak tu, kitorang singgah kat Masjid Sg Ramal solat Asar. Masa parking kat depan tu ada 3 biji kereta jenis dan warna yg sama. Lepas solat aku tunggu dalam kereta, tiba-tiba aku nampak dia tergesa-gesa turun tapi masuk kereta lain sebelah aku. Aku pun pandang ajelah kot-kot aku silap nampak suami orang tu. Kejap lagi aku nampak dia kelam kabut keluar sambil tinjau cari aku. Rupanya dia salah kereta. Issshhhh kalut sungguh dia ni....macam ni ke nak buat laki. Aku gi jumpa kakak dia (masa ni mak dia baru meninggal) tak lah kalut macam gini. Takut memang takut..

Akhirnya kitorang tunang juga, janji setahun. Masa tunangan dia dapat tukar balik sini semula tapi kitorang jarang jumpa sebab aku sibuk main game aje.

Sebulan sebelum kawin aku gi kursus kat Seremban dengan Din tapi masalah lagi, JAWI tak nak nikahkan kami kat KL sebab sijil kursus aku Seremban punya. Apa bezanya kursus kat KL dengan kursus kat Seremban, aku pun tak tau.

Abang aku pujuk tok imam dan pegawai JAWI tu dan lepas nikah kena pergi interview kat JAWI utk pengesahan. Aisssseyman.....nak kawin pun susah ke?? Patutlah ramai gi sempadan.

04061993-Hari Jumaat aku nikah, Hari Sabtu aku sanding, hari Ahad kemas rumah.....hari Isnin BANJIR!!!

Pagi hari Isnin tu aku dah siap-siap nak pegi Honeymoon, baju dah lawa beg dah siap tapi hujan tak berhenti dari sejak pukul 6 pagi lagi. Mak aku dah bising (mak aku masih ni dah tak sihat, dia kena kanser usus). Sambil duduk dia kata air dah mula naik dia suruh kemas barang angkat tinggi, tapi taulah lepas kenduri sorang pun tak bangun lagi. Tak sorang pun endahkan cakap dia sebab dia dah tak boleh bangun mana mungkin dia nampak dari dlm bilik.....tapi cakap mak selalunya betul. Bila aku (sebab aku sorang aje yg dah bangun...tak tidur pun..terperanjat!! Nanti cerita) bukak pintu air dah sampai kat lantai rumah. Apalagi aku pun gegar satu rumah, semua abang ipar aku bangun, kakak aku pun kelam kabut. Bukan barang yang kitorang angkat dulu, tapi mak yang abang aku angkat terus masuk kereta. (kereta parking kat luar sebelum jln masuk, atas bukit sikit). Aku dengar abang aku kena leter sebab tak dengar cakap mak aku.

Air naik dengan deras dan laju, pukul 7:30 pagi air dah naik sampai paras cermin tingkap yang kedua. Aku dengan baju lawa dah basah kuyup berenang keluar masuk bawak barang keluar. Barang hantaran aku semua masih ada atas katil pengantin, dengan baju songket sekali. Nasib baik tilam aku tak bukak plastik, dan sebab dek plastik tulah tilam aku terapung tetapi almari aku semuanya terendam dlm air.

Pukul 10:00 pagi air dah lepas cermin tingkap yg keempat. Anak-anak buah aku dah menangis kelaparan dan kesejukan. Kakak aku bukak dapur kat tepi jalan, masak dan makan kat bawah pondok kayu tempat arwah abah suka duduk petang-petang dulu. Aku tiba-tiba teringat dulang hantaran kat dlm rumah tu ada makanan (Kek & Buah). Aku kesian kat anak-anak buah aku, terus terjun masuk berenang balik dlm rumah utk ambik makananan. Air masa tu tengah deras tapi sebab lapar punya pasal aku tak fikir apa dah. (Lupa pulak aku dah ada housemate.)

Lebih kurang pukul 6 petang barulah air mula surut, dan masa nilah pulak nak kena kocak air tu supaya lumpur tak melekat. Pinggan,periuk yang dah siap basuh hari sebelumnya habis berlumpur semula. Kain baju jgn cakaplah, putih dah jadi kuning. Yang bagusnya, tilam aku tu maintain kedudukannya. Songket aku tu selamatlah.

Aku tak jadi pergi honeymoon. Mak aku kakak aku bawak balik rumah dia kat Kajang. Aku dengan Din menghabiskan cuti kahwin dengan mencuci rumah , periuk dan pinggan mangkuk. Aku pergi honeymoon bila aku dah ngandung 4 bulan. Tak kiralah jajnji halal.

Aku heran jugalah sebab aku ni selalu di kejar dek air. Tapi takpa, air tu rezki. Rezki orang kita tak tahu, Allah jua yang empunya rencana.

Aku kahwin Jun 1993- Banjir besar melanda Kuala Lumpur
Aku bersalin anak pertama 1994- banjir juga
Aku bersalin anak kedua 1997- Kuala Lumpur banjir lagi sekali, kakak aku ambik aku balik rumah dia.
Aku bersalin anak ketiga 1998-Hujan selebat-lebatnya sedangkan cuaca dari pagi elok aje.
Aku bersalin anak keempat 2001(Israk Mikraj) pun hujan lebat.
Aku pergi Mekah 2005 pun aku alami hujan lebat dan banjir kat Mekah. Mekah banjir??? Tak caya? OK nanti cerita......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut