Khamis, 16 Julai 2009

Hobi aku

Hobi...., aku sebenarnya banyak yang aku minat:-


1. Makan - Aku sebenarnya bukan suka makan tapi aku suka rasa makanan. Cakap aje nak makan apa, aku rasa. Sedap tak sedap tu lain cerita..Kalau sedap aku akan ulang makan, tapi kalau tak sedap aku tak makan dah. Tapi lepas tu aku cuba buat sendirilah kat rumah...gerenti aku suka. Sebab tu anak-anak aku semakin membesar, termasuklah abang aku..





2. Sukan - Aku masa moda-moda memang masuk sukan kat sekolah. Acara pertama aku semasa darjah 1 dulu adalah lari berhalangan. Aku rumah kuning...juara lagi. Lepas tu masa sekolah menengah pulak aku main bola tampar dan bola lisut (softball). Masa tahun 80'an permainan sofbol (versi Malaysia) ni hanya aktif kat sekolah aje. Tahun tu orang lebih kenal badminton & bola sepak aje. Aku main sofbol sehingga peringkat daerah. Mana ada perlawanan aku pergi. Dulu-dulu tidur kat dalam kelas aje, mana ada macam budak sekarang tidur kat hotel.
Bila dah masuk kerja aku ligat pulak main bola tampar. Dari tahun 89 hingga aku dah ada anak sorang masih terkinja-kinja kat padang lagi. Wakil Telekom gitu. Puaslah aku merayau setiap PTT aku pergi. Lepas tu bila aku dah pindah ke NS, aku dah mula 'slow down' sebab kat sini sukan tak aktif. Yang ada pun netball (bukan minat aku) dan boling. Aku pun masuklah boling macam best aje....dan memang best sebab tak payah nak berlari. Lutut pun dah tak kuat pun. Sampai ke hari ini aku masih bawak famili aku pergi main boling, selalunya kat Seremban Parade atau JJ Seremban 2. Sekarang aku ada minat baru pulak.........main paint ball, tapi cost dia agak tinggi..kekadang aje aku pergi.

3. Mancing - Haaa.....yang ini aku selalu buat. Kekadang aku ikut abang aku gi laut, dan kekadang aku bawak anak-anak aku aje terutama anak aku yang lelaki tu. Dia pun gomar mancing jugak. Masuk pertandingan tu selalu juga tetapi selalu tak dapat bawak balik ikan pun....dapat T-Shirt aje adalah. Rezeki aku bukan kat situ kot, tapi tak pa lah saja suka-suka.

Banyak dah tempat aku pergi Kelong Paradise (3hari 2 mlm), Pulau Pemanggil (dpt tenggiri 6 ekor), Pulau Kapas ( candat sotong dapat layaran) dan macam-macam kolam aku dah pergi sekitar lembah kelang. Pernah masa aku pergi mancing anak aku hilang 1 hari. Nasib baik jumpa balik kalau tidak mungkin aku dah sasau sampai sekarang. Kolam yang aku selalu pergi kat Semenyih, SUKIDA Resort, boleh bermalam kat situ. Kadang dapat ikan, kadang tidak. Itulah nasib namanya...rasanya lepas anak aku pereksa ni aku nak gi Kelong Acheh kat Mersing. Tengok web macam best aje. Nak kena tengok bulan terang baru boleh pergi kot.







4. Membaca- Membaca apa lak ni....bukulah. Tapi bukan baca buku sebab nak peksa, tapi saja-saja mengisi waktu....yang herannya bila baca buku Quran aku ngantuk..tapi bila baca novel dunia ke , majalah hiburan ke....celik aje mata ni. Selagi tak habis tak boleh tido, yealah org cakap setan tu gayut kat bulu mata tu...subhanallah. Dulu aku pernah berangan nak jadi penulis novel macam Pak Sako, Aisya Sofea, Khadijah Hashim (Idola aku..) tapi aku tak reti. Idea ada tapi ayat tunggang terbalik, (SPM BM7, Julai paper BM5) tiap kali antar masuk peraduan menulis cerpen mesti kantoi. Lepas tu aku malas dah, beli dan baca ajelah karya orang. Sekarang anak aku pulak dah jadi ulat buku, 1 bulan mesti nak beli 2 atau 3 biji buku untk dia. Sekolah pun ada rekod nilam sekarang ni......utk menilai minat pelajar terhadap buku. Elok lah tu, hujung tahun ada hadiah....buku juga.

5. Tulis sajak - Tak palah, aku tak reti tulis cerpen, aku tulis sajak ajelah. Yang ini aku cemerlang......banyak juga yang tersiar di majalah dewan siswa (majalah masa sekolah). Banyak kali juga nama aku dan sajak aku tersiar, kadang ada saguhati dan kekadang aku dapat hadiah barangan. oklah tu.
Perjalanan kehidupan
bagai ombak yang bergulung
tatkala surut
sering tersangkut pada masalah
jua
pada tatkala pasang
akan tiba banyak peluang
dan
ramai yang akan cuba
mendapatkan keuntungan
Kehidupan ini
bagai pasang surut lautan
namun
aku tahu
tatkala bumi masih berpusing
di atas satu paksi
perjalanan hidup ini didunia
masih belum berakhir....
Kelong Paradise, Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam. 24-26 Mei 2008

6. jalan-jalan makan angin (melanconglah) - Ada duit aku jalan. Dulu masih sekolah setiap kali cuti sekolah aku jalan. Masa sekolah rendah, kakak dan mak aku yang bawak...tapi selepas tingkatan 6 aku mula pikul beg pack sendiri, pergi camping dengan kekawan. Mak aku cakap orang pompuan tak pergi camping, pakai lawa-lawa duduk rumah tunggu orang pinang.
Aku jawab balik..alah mak ni tak rugged betul, nanti kalau dah kawin kena jaga anak, tak boleh nak jalan. Itu konsep orang dulu-dulu....
Mak aku diam aje, tapi aku tau dia dulu masa muda pun kaki camping juga sebab tunggu buah durian atuk lam kebun.
Bila aku dah kawin ni dapat pulak partner pun yg suka gi camping & makan angin. Beres, tak ada masalah. Dari anak sorang sampai anak 4, dari honeymoon sampai dah 16 tahun kawin ni, dah merata kitorang jalan. Luar negeri (Arab Saudi) pun dah sampai. Insyaallah nanti bawak anak-anak pulak.
7. Tanam pokok - Yang ini pulak baru-baru ni aje.
Abang aku selalu cakap kesian kat pokok tu sebab minat aje ada tapi tak jaga. Isssssh.... dia tak tau kita dah belajar ilmu pokok, kita pegang aje mesti pokok tu berbuah. Sekarang ni pokok mangga, pokok pisang, pokok jambu aku tengah berputik, tak lama lagi besarlah tu....tapi itupun minggu lepas aku tengok, minggu ni belum jenguk lagi. Macamana nak tengok selalu, aku pergi kerja keluar rumah pukul 6:30 pagi pokok belum bangun....,aku balik sampai
rumah pukul 7:30 dah maghrib, pokok dah tidor...........abis camno. Hujung minggu ajelah aku ada, itu pun kalau tak ada boling, sukan anak, kenduri atau mancinggggg.





























8. TIDOR - Ini hobi aku paling best ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ!!













Salam Rindu

Waduh!! dah lama betul aku tak bukak blog ni. Macam sibuk....tapi aku rasa macam tak ada masa nak bukak. Itu baru sibukkan hal dunia...hal akhirat ?? entahlah.. Jadi..mana aku nak mulakan dulu.Kali terakhir aku mem 'blog' adalah bulan Mac 2009, ni dah bulan July, banyak betul aktiviti aku selama 5 bulan ni. Tapi tak apalah, kayuh pelan-pelan.

Ok lah, selalu aku asyik cerita kisah aku dari kecik sampai muda, tapi kali ni aku nak cerita kisah sekaranglah. Sejak aku duduk kat ANOC Cyberjaya ni boleh di katakan tiap minggu aku ada aktiviti. Daripada futsal (demam 2 hari lepas main..) ke boling, ke mancing.

Aku selalu ikut abang aku pergi main futsal kat Seremban 2 pada setiap malam selasa, tapi aku tak mainlah...jadi tukang sorak aje. Jadi hari tu ada peluang untuk main dengan Kelab TM MSC, jadi aku pun masuklah main...tumbang 2 hari. Agaknya sebab dah kategori veteranlah. Lepas ni aku tak nak main futsal lah, jadi tukang sorak aje.

Ha, tapi yang ini aku suka.... main boling. Dulu aku main untuk NS, tapi kalini untuk ANOC ajelah. Ini namanya mainan orang tua....eh bukan...orang lama. Lutut pun dah tak kuat.










Yang ni pulak aku paling suka, mancing & melancong ( bukan melencong..). Aku kalau nak pergi mesti satu famili. Abang aku suka mancing laut, aku setakat kolam aje oraitlah. Hari tu aku angkut opis aku pergi Terengganu, konon nak candat sotong tapi lain yang mari. Orang tak makan ikan layaran.....warga ANOC dah rasa daging ikan layaran. Dah tak boleh kelentong kata daging ikan tu pahit.


Khamis, 5 Mac 2009

Pelamin anganku......banjir


Dari hari aku mula menerima hati dan harapan seorang lelaki aku masih jua belum pasti samada ia itukah yang dinamakan cinta.....tapi aku tetap setia juga dan selama 4 tahun berkawan macam-macam yang kami tempuh. Bukan gangguan orang ketiga tetapi.....

Masa Din mula telefon aku, aku masih ada yang shikit-shikit sayang tu dekat aku. Mungkin sebab tu aku tak berapa kisah dengan Din. Tapi bila aku dah berpindah ke IP hubungan kami makin rapat. Bila dia balik dari Sabah, ada saja buah tangan untukku. Dan suatu hari tu TM akan menganjurkan dinner, kebetulan hari tu sama dengan dia balik ke sini. Aku ajak Din sekali, tapi katanya segan tapi dia janji nak hantar dengan ambik aku selepas dinner. Oklah mungkin penat kot, tak apalah janji aku ada transport balik malam ni.

Dinner start pukul 8, tapi dah lebih pukul 8 dia tak sampai lagi. Sabar lagi ni. Dekat pukul sembilan baru sampai depan rumah kakak aku kat Keramat, dinner kat Kelana Jaya. Aku sampai orang dah habis makan, apa lagi bulurlah. Nasib baik ada kudapan aje. Bantai ajelah. Selesai dinner lebih kurang dekat pukul 11, aku ingat dia tunggu kat luar tapi rupanya tak ada. Dulu mana ada telefon bimbit macam sekarang. Aku tunggu ajelah kat luar tu, member aku semua dah habis balik.

Tapi adalah sorang kawan aku ni tunggu sama dengan Pakwe dia. Tunggu-tunggu tak sampai juga. Polis dah start buat rondaan, dia tanya buat apa kat sini (pakai baju dinner lawa-lawa dengan make-up lagi tengah malam kat taman, mestilah polis curious..), kitorang pun jawablah tunggu kawan ambik tapi tak sampai. Last sekali kitorang balik naik patrol car pukul 1:30 pagi. Polis tu hantar aku dulu (sebab kawan aku ada pakwe teman dia) dan nasib baik Kak Long aku tak pengsan terperanjat sebab dia ingat aku kena tangkap polis. Aku cakap Din tak ambik, teksi dah tak ada, polis aje yg nak hantar..

Besok pagi pukul 5 aku dengar Din dah telefon Kak Long aku tanya aku....kakak aku pun saja nak pedajal dia cakap aku tak balik......pukul 6 pagi dah sampai depan rumah kakak aku. Pucat lesi aku tengok muka dia. Bila dia tengok aku ada kat rumah Kak Long dia tak cakap sepatah apa pun........seminggu aku tak cakap dengan dia. (Rupanya dia tertidur kat Kem). Dia balik Sabah pun aku tak hantar. Marah tak habis lagi konon.

Aku pun tak tau macamana jadi baik balik....lepas tu dia ajak aku kahwin. Aku cakap jumpa mak aku dulu. (Masa tu mak aku sihat walafiat lagi kat Kajang). Masa aku on the way balik Kajang nak jumpa mak tu, kitorang singgah kat Masjid Sg Ramal solat Asar. Masa parking kat depan tu ada 3 biji kereta jenis dan warna yg sama. Lepas solat aku tunggu dalam kereta, tiba-tiba aku nampak dia tergesa-gesa turun tapi masuk kereta lain sebelah aku. Aku pun pandang ajelah kot-kot aku silap nampak suami orang tu. Kejap lagi aku nampak dia kelam kabut keluar sambil tinjau cari aku. Rupanya dia salah kereta. Issshhhh kalut sungguh dia ni....macam ni ke nak buat laki. Aku gi jumpa kakak dia (masa ni mak dia baru meninggal) tak lah kalut macam gini. Takut memang takut..

Akhirnya kitorang tunang juga, janji setahun. Masa tunangan dia dapat tukar balik sini semula tapi kitorang jarang jumpa sebab aku sibuk main game aje.

Sebulan sebelum kawin aku gi kursus kat Seremban dengan Din tapi masalah lagi, JAWI tak nak nikahkan kami kat KL sebab sijil kursus aku Seremban punya. Apa bezanya kursus kat KL dengan kursus kat Seremban, aku pun tak tau.

Abang aku pujuk tok imam dan pegawai JAWI tu dan lepas nikah kena pergi interview kat JAWI utk pengesahan. Aisssseyman.....nak kawin pun susah ke?? Patutlah ramai gi sempadan.

04061993-Hari Jumaat aku nikah, Hari Sabtu aku sanding, hari Ahad kemas rumah.....hari Isnin BANJIR!!!

Pagi hari Isnin tu aku dah siap-siap nak pegi Honeymoon, baju dah lawa beg dah siap tapi hujan tak berhenti dari sejak pukul 6 pagi lagi. Mak aku dah bising (mak aku masih ni dah tak sihat, dia kena kanser usus). Sambil duduk dia kata air dah mula naik dia suruh kemas barang angkat tinggi, tapi taulah lepas kenduri sorang pun tak bangun lagi. Tak sorang pun endahkan cakap dia sebab dia dah tak boleh bangun mana mungkin dia nampak dari dlm bilik.....tapi cakap mak selalunya betul. Bila aku (sebab aku sorang aje yg dah bangun...tak tidur pun..terperanjat!! Nanti cerita) bukak pintu air dah sampai kat lantai rumah. Apalagi aku pun gegar satu rumah, semua abang ipar aku bangun, kakak aku pun kelam kabut. Bukan barang yang kitorang angkat dulu, tapi mak yang abang aku angkat terus masuk kereta. (kereta parking kat luar sebelum jln masuk, atas bukit sikit). Aku dengar abang aku kena leter sebab tak dengar cakap mak aku.

Air naik dengan deras dan laju, pukul 7:30 pagi air dah naik sampai paras cermin tingkap yang kedua. Aku dengan baju lawa dah basah kuyup berenang keluar masuk bawak barang keluar. Barang hantaran aku semua masih ada atas katil pengantin, dengan baju songket sekali. Nasib baik tilam aku tak bukak plastik, dan sebab dek plastik tulah tilam aku terapung tetapi almari aku semuanya terendam dlm air.

Pukul 10:00 pagi air dah lepas cermin tingkap yg keempat. Anak-anak buah aku dah menangis kelaparan dan kesejukan. Kakak aku bukak dapur kat tepi jalan, masak dan makan kat bawah pondok kayu tempat arwah abah suka duduk petang-petang dulu. Aku tiba-tiba teringat dulang hantaran kat dlm rumah tu ada makanan (Kek & Buah). Aku kesian kat anak-anak buah aku, terus terjun masuk berenang balik dlm rumah utk ambik makananan. Air masa tu tengah deras tapi sebab lapar punya pasal aku tak fikir apa dah. (Lupa pulak aku dah ada housemate.)

Lebih kurang pukul 6 petang barulah air mula surut, dan masa nilah pulak nak kena kocak air tu supaya lumpur tak melekat. Pinggan,periuk yang dah siap basuh hari sebelumnya habis berlumpur semula. Kain baju jgn cakaplah, putih dah jadi kuning. Yang bagusnya, tilam aku tu maintain kedudukannya. Songket aku tu selamatlah.

Aku tak jadi pergi honeymoon. Mak aku kakak aku bawak balik rumah dia kat Kajang. Aku dengan Din menghabiskan cuti kahwin dengan mencuci rumah , periuk dan pinggan mangkuk. Aku pergi honeymoon bila aku dah ngandung 4 bulan. Tak kiralah jajnji halal.

Aku heran jugalah sebab aku ni selalu di kejar dek air. Tapi takpa, air tu rezki. Rezki orang kita tak tahu, Allah jua yang empunya rencana.

Aku kahwin Jun 1993- Banjir besar melanda Kuala Lumpur
Aku bersalin anak pertama 1994- banjir juga
Aku bersalin anak kedua 1997- Kuala Lumpur banjir lagi sekali, kakak aku ambik aku balik rumah dia.
Aku bersalin anak ketiga 1998-Hujan selebat-lebatnya sedangkan cuaca dari pagi elok aje.
Aku bersalin anak keempat 2001(Israk Mikraj) pun hujan lebat.
Aku pergi Mekah 2005 pun aku alami hujan lebat dan banjir kat Mekah. Mekah banjir??? Tak caya? OK nanti cerita......

Cintan, Cintun

Aku bercinta ke??? Satu persoalan yang tak pernah terfikir macamana keadaannya. Mungkin pernahlah aku bayangkan macamana agaknya rupa housemate aku...(itu pun bila umur dah 20 tau). Aku nak kawin ke? Aku tak nak jadi macam mak dengan abah aku yang berpisah selepas 40 tahun hidup bersama...(itu jodohlah orang kata).

Dari kecik aku tak pernah ramai kengkawan perempuan..kengkawan aku semua lelaki. Kawan panjat pokok, kawan cari ikan laga....Awaluddin (anak ustazah aku). Aku suka ejek dia si mata katak sebab aku rasa mata dia lebih besar daripada muka dia. Dia ni masa kecik teramatlah nakal dan aku tau dia selalu kena bantai dengan ayahnya. Sekarang aku tau dia dah jadi pengurus besar TNB kat HQ Bangsar tu. Aku kata tak nak kahwin dengan dia sebab dia jahat, sekarang dia kahwin dengan anak ustad yg cubit peha aku dulu... kira sepupu dia lah juga.


Aku ada lagi kengkawan masa kecik...Rahman, Abdul, Hanafi, Mazlan dan aku pun tak tau kat mana diorang sekarang. Mungkin dah beranak pinak kut.


Lepas aku pindah ke sekolah kat Kelang, kan aku ada cakap ada budak yg suka tulis surat letak bawah meja aku, Rusdi nama dia. Nama abah dia sama macam nama abah aku (dulu aku ingat abah aku punya anak lain). Tapi bila aku dah tengok abah dia datang sekolah aku lega sebab org lain. Dia asal Pahang dan boleh di anggap 'nerd' sikit sebab dia ni tak pernah tengok dia main game ke, lumba lari ke, asyik dok tengok buku aje...sedangkan aku ligat. Lepas SRP aku dah tak jumpa dia. Kata orang dia dapat masuk asrama penuh kat Pahang. Tak kisahlah tu, aku pun bukan syok kat dia, tapi kesian kat dia sebab dia ingat aku yang dok rajin balas surat dia. (banyak dosa ni).


Aku heranlah juga sebab aku yang super aktif ni dan 'banyak akal' ni pun ada juga orang yg cuba nak kawan dengan aku. Kat Melaka dulu, ada budak nama Sani. Dia ni dlm grup lain. Aku pun tak adalah kesah sangat nak berendut ni, yang aku tau masa tu aku buat apa yang perlu masa latihan. Sani ni gelap sikit orangnya, mula aku ingat dia ni DKK rupanya jawa. Orang Sabak bernam. (Kalau idak seng kawin lanang uong Jowo yo akhu.)


Masa kat telekom lah puncak segalanya, aku ada member se'kontrak' dengan aku dan kitorang berkawan sepanjang dua tahun jadi kerani. Mana pergi sama, makan sama sampaikan nak pergi dinner TM pun tempah baju yang sama. Sedondon orang cakap. Kalau dah sama tu adalah shikit-shikit sayang kot....entah aku pun tak tau. Dalam pada tu bos aku En Zul tu kenalkan aku dengan sorang eksekutif muda. Hemsemlah juga, putih-putih macam cina sikit. Dia pun adalah sekali dua datang kat tempat aku Bukit Mahkamah tu. Kitorang pernah lah dok berbual panjang sambil minum. Bos aku kata dia dah syok kat aku...tapi dia tak cakap pun dengan aku jadi aku macam biasa ajelah. Lepas tu kitorang tak jumpa lagi...tak selalulah kot.


Bila aku dapat tetap dan pergi IP, kawan yang aku shikit-shikit sayang ni tadi tak dapat tetap, jadi dia kena keluarlah dari TM. Aku terasa juga lah sikit tapi apa boleh buat mungkin tak ada jodoh. Aku pergi Jln Pantai, dia dapat masuk BSKL. Lepas tu aku terus lost contact dengan they all.


Nak jadi cerita..................................semasa aku lapor diri kat Cyber ni , alamak!! aku jumpa balik eksekutif kawan bos aku tu dan yang aku shikit-shikit sayang dulu tu.Kedua-duanya.......jeng-jeng-jeng di bawah bumbung yang sama. Apa boleh buat......selamba ajelah. Semua dah ada isteri dan anak-anak, aku pun dah ada housemate dan anak-anak. Kawan lama...no harm done, cuma hati yang merasa perasaan yang bercerita...


Housemate aku belum cerita lagi kan.


Hah....dia ni dulu sebenaunya bukan nak kawan dengan aku. Dia kawan dengan best friend aku yg kerja kat bangi dulu tu. Aku pernahlah ikut sekali ramai-ramai hari raya balik kampung dia kat Rembau tu. Berayalah konon, masa tu mak dia ada lagi (bakal mak mertua aku tu...manusia tak akan tahu apa yg akan terjadi dihadapannya.)

Masa best friend aku ni kawin dengan suami dia sekarang housemate aku ni datang tapi dia pakai cermin mata hitam tak bukak-bukak hatta walaupun dlm rumah. Aku dah rewang kat rumah best friend aku dah dekat seminggu kat situ. Aku tengok juga sebab heranlah tak kan makan pun tak buka cermin mata. Lantaklah aku fikir.

Lepas tulah dia pun mula contact aku kat rumah kakak aku. Aku pun layan ajelah, orang tengah frust rupanya sebab member aku kawin. Aku pun lama-lama kesianlah pulak. Masa tu dia dah bawak diri ke Sabah. 4 tahun aku kawan (bila terbitnya cinta tu aku tak pernah pasti...hanya dihati yang tersembunyi, naluri jua yang menerima) dengan Mohd Samsudin, 04 Jun 1993 aku memberi nikahku kepadanya, dan diterima sehingga ke hari ini selama 15 tahun 8 bulan.



Perjalanan kehidupan tiada siapa mengetahui.
Tersembunyi di hati tersimpan pada naluri
Hanya perasaan yang merasa pada bicara sebuah luka

Pada perjalanan jua lagak bagai selamba
walau emosi meruntun sepi
namun
pada hakikat ini perasaan yang meruntun
hanya menambah kesal didada
pada sebuah kehilangan semalam...05Mac09KL23:29-Unggas Samar di Rimba

Rabu, 25 Februari 2009

Kerja,Kerja,Kerja

1989- Aku lapor diri di Bukit Mahkamah, tkt 4 bahagian Sales dulu sebagai kerani kontrak dengan gaji RM400 sebulan. Kerja aku buat call pada business customer untuk promosi line & fax business. Kontrak aku sambung setiap 6 bulan dan gaji dibayar melalui cek setiap 30hb. Nasib baik masa tu aku ada mak dan kakak yg tolong support tambang. Tapi aku rajin buat OT jadi adalah duit masuk.

Mana pergi pun aku tak boleh lepas daripada main sukan. Masa kat situ aku aktif main bola tampar dengan Kelab Metro KL. Praktis kat TTC (Sekarang dah jadi TMTC) kat jln Gurney. Tiap kali training biasalah tak masuk ofis, kekadang sebulan tak nampak ofis. Nasib baik bos faham sebab dia penaung Kelab - Mr Tan Chian Kai.(dah pencen kot).

Lepas aku tkt 4, aku masuk pula bahagian Telemarketing Centre(pioneer pada call centre sekarang) kat tkt 7, bawah bos nama En Zul. Aku ingat lagi unit aku cuma ada 10 orang shj dan kamilah jadi orang pertama yg menjadi perintis untuk call customer utk promosi talian dan terima aduan pelanggan, macam yg 100, 1090,1060 buat sekarang.

Kat sini pun ada macam-macam cerita, sebab bos aku tu ada sikit pening. Sekarang baru tau yg dia ni ada penyakit tak boleh tension. Bila tension dia jadi tak betul dan jadilah kes dia pergi PR semua no di Sri Perdana (PM yg dulu Tun Dr Mahathir). Sekarang dia ada kat HR Melaka tapi dah tak buat kerja berat takut penyakitnya datang.

Lepas habis kontrak, aku dapat serap masuk IP di Jln Pantai Baru. 1992 aku jadi kerani tetap, masuk bahagian admin (nama dulu Bhg Pentadbiran & Gaji). Gaji mula RM600 aje. Satu tahun aku pulun potong gaji simpan dalam ASB semaksimum yg mungkin sebab aku nak kahwin. Nanti nak buat kenduri tak cukup duit.

Sampai IP, aku main bola tampar untuk IP pulak. Pun jarang masuk ofis, sampailah aku dah ada anak satu. Masa anak aku baby pun aku main lagi . Last aku gi Terengganu dan Shah Alam bawak anak aku. Aku main bola, anak aku tidur dlm pram. Tapi lepas tu aku kesian tengok dia makin besar (tak kan nak membesar kat padang) aku pun berundurlah dari arena persukanan Telekom.

1997- Aku minta tukar ke Seremban sebab masa tu 'house mate' aku kerja kat Kem Rasah,Seremban tapi aku tak tau kenapa HR hantar aku pergi Payphone Chocrane. Dah lah masa tu aku mengandung, punyalah jauh dan lagi susah aku nak naik bas sebab masa tu mana ada LRT ke STAR dsb. Bos aku yg ni pun understanding juga En Badrul Hussaini namanya. Lepas Nov 1998 baru aku dapat tukar ke Seremban dan rupanya Pengurus HR simpan surat aku dlm laci dia. (Dia pun dah kena tukar ke Sabah lepas tu dan nak buat juga macam tu kat sana tapi akhirnya dia sakit di santau oleh orang.)

Aku masuk Payphone Negeri Sembilan thn 1998 Nov, semua kerja aku buat. Dari kira duit, buat admin, collect peti kat public phone, jual kadfon dan jaga sistem. Kira aku ni all rounderlah. Aku dalam Payphone sepuluh tahun aje, lepas tu Payphone kena 'jual' kat PERNEC (agaknya orang Payphone ni suka marah-marah tak)

2008 aku masuk pulak CSM Seremban. Kerja aku dari clearkan aduan pelanggan, jawab sumpah seranah pelanggan sampailah buat pelarasan untuk pelanggan. Sini aku semakin belajar tentang orang yang tidak semestinya manusia dan manusia yang belum tentu dia orang.

Kat sini pulak aku dah tak larat main bola tampar. Dah pancit. Tapi aku tetap aktif sukan juga. Aku main bowling ten pin. Tapi aku dah tak boleh nak comited sangat. Anak dah ramai jadi aku saja suka-suka nak aktifkan diri. Kat NS ni kadangkala seronok tapi kadakala tu terlampau strict sangat. Yang penting nak target, target, target, retail lah katakan...

Aku ada kat CSM sampai 1 Oktober 2008 aje sebab lepas ni aku dapat promote. Sekarang gaji aku pun dah RMxxxx. Kenalah aku berangkat melaporkan diri di Unit Access Network Operation, Cyberjaya pulak.....mungkin banyak lagi cerita kehidupan yang aku boleh lihat pulak kat sana.

Selasa, 24 Februari 2009

Bermulanya Kehidupan

Sebelum aku dapat kerja aku jadi penanam anggur sekejap. Lepas tu Kak Cik aku hantar aku pergi kursus ternak ayam kat Jbt Haiwan (sekarang dah jadi Institut Veterinar) kat Melaka. Aku belajar macamana nak bela ayam daging selama 6 minggu. Ada 3 orang aje pompuan yg ikut kursus tu. Sorang budak Kedah,Murni namanya dan sorang lagi budak Kajang,Asmah (dah jadi tokeh ayam, supply ayam kat Semenyih). Semua yg datang kursus tu ada lebih kurang 20 orang. Dari sebaya aku dan dah umur 60 pun ada. Kitorang panggil dia Apai maksud bapa dlm bahasa Sarawak.

Kami di bahagi jadi 5 kumpulan, tapi semua lelaki aku sorang pompuan dlm team, termasuklah Asmah ngan Murni. Geng aku semua muda sebaya aku aje, jadi nakal lebih sikit. Mungkin aku yang jadi 'Mastermind' dan lebih sikit dlm kumpulan tu.

Seronok juga, pagi kena bagi makan ayam, bukan ayam daging aje yg aku belajar tapi itik, puyuh,ayam belanda, ayam batik dan ayam hitam. Satu hari tu kitorang ditugaskan utk cat kandang ayam, biasalah mula-mula semangat mengecat tu berkobar-kobar bila dah siap mulalah mereka yg bukan-bukan. Lepas petang semua kandang dah siap cat warna silver, dan banyak lagi cat lebih. Sewaktu ke kandang (kelas terdiri drp teori & praktikal) semua dipastikan mesti pakai but mcm Pua Choo Kang tu tapi warna hitam. Aku pun boring, jadi aku cat but aku dgn cat silver yg banyak lebih tu, nak jadi cerita semua member aku ikut. Habis satu geng kami but jadi silver macam star treklah konon(masa tu tgh sibuk cerita tu). Petang tu sewaktu habis praktikal waktu nak pulang kasut kat store, store keeper dah jadi hulk.....apa taknya, but hitamnya dah jadi silver. Apa lagi sampai pukul 2 pagi kena cuci but tu semula dengan minyak gas(minyak tanah).Padan muka aku.

Habis kursus aku jadi pelajar cemerlang dengan kertas kerja terbaik dan dapat sijil lagi , kertas kerja aku masih ada tersimpan kat sana jadi contoh. Aku tak taulah samada cikgu yg ada kat situ ngadu kat Kak Cik aku pasal aku sebab semua tu kengkawan Kak Cik aku (kak cik aku kerja Veterinar Selangor).

Habis kursus aku kerja lak kat kedai Singer, seksyen 6 Bangi. Jadi admin clerk, jaga duit orang bayar dan buat sales sikit-sikit. Dari situlah agaknya aku jadi pandai cakap macam sekarang ni. Kat situ aku duduk kat bilik atas bangunan kedai tu, taulah kalau kedai Cina, lelaki pompuan campur satu rumah. Aku pelik sebab ada sorang budak pompuan Melayu (masih jadi best friend aku sampai sekarang)duduk sama sekali kat situ bergaul dengan bebudak lelaki Cina yg kerja sebagai collector Singer.

Aku marah dgn dia dan dari hari tu aku belajar tentang manusia lain yang ujud di muka bumi ini.Tak semua manusia lahir dengan kesenangan dan kemewahan. Dapat apa yg di mahu, boleh buat apa saja. Aku banyak belajar tentang makna sebenar kehidupan di sini.

Dia tanya kenapa aku marahkan dia sedangkan aku tak pernah kenal dia, mungkin betul, kita marah bila kita rasakan apa yang kita nampak tu tak betul. Tapi betul ke kita? Pernah ke kita tanya pada seseorang tu apa sebenarnya yg ada dlm hatinya, dlm fikirannya. Kita selalu 'jump to conclusion' kalau pompuan tu suka berpeleseran tu sundal, kalau lelaki yang suka mempermainkan pompuan tu kasanova, org yg bergaya tu banyak duit, orang yg suka gelak dan ketawa tu sebenarnya hatinya gembira. Cuba lihat di sebalik segalanya ada cerita disitu.

Aku cakap dengan kawan aku aku nak cari kerja lain sebab aku tak boleh hidup dengan bergelumang dosa macamni. Aku berhenti kerja dan kawan aku tu kawin dengan ex askar airforce (dah ada 6 anak sekarang). 1989-Aku pulak masuk Telekom.

Meniti Usia Remaja




1974-1979-Sekolah Rendah Perempuan Methodist, Jln Marsh, Kuala Lumpur
1980-1984-Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Kelang
1985-1986-Sekolah Kajang


1995-1996-Inst. Teknologi Tun Abdul Razak


2006-2008- Universiti Utara Malaysia

Hari pertama aku berpisah dengan mak aku, aku tak nangis tapi aku pelik mak aku yang nangis. Bukan aku tak balik lagi. Aku mula-mula masuk aku tengok kat dalam bilik tu banyak katil 2 tingkat. Ramai kawan yg sebaya aku, tapi aku tak reti nak cakap apa. Aku diam dan pergi pada locker dan katil aku yg pengawas asrama tunjukkan. Aku pun kemas lah apa yang patut.(Baik lagi masa ni)

Pagi pertama nak pergi sekolah, alamak kena bangun pagi ke....malasnya nak pergi sekolah. Nak mandi pun kena rebut toilet, lecehnya, tak ada air panas pulak(dulu mak dah siapkan) .

Pergi sekolah semua orang tengok aku, apa taknya, orang lain pakai baju putih kain biru tapi aku budak perempuan Melayu yang pakai pinafore biru. Ahh aku peduli apa.....aku kawan dengan sorang anak India, dia pun pakai macam aku.

Dah dua tiga hari aku mula dapat kawan, Dek Rose,Mehran,Banon,Aisyah dan aku jadi satu geng. Dari situlah kami mula mentagging nama pena masing-masing-Helang Hitam , Mawar Jingga, Merpati Biru dan ada lagi tapi aku dah lupa. Aku pulak Unggas Samar.

Masa ni kitorang dah jadi geng yg agak kamcenglah juga, discussion sama, prep sama, makan sama, usrah sama....dan pendek kata sama ajelah. Nakal pun sama.
Satu hari tu kitorang jumpa bola sepak kat padang asrama, apa lagi kitorang pun gasaklah main macam bebudak jantan siap pekik-pekik gol lagi......akhirnya kena warning dengan cikgu asrama. "You all pompuan tak boleh main bola"(Sekarang cuba suruh cikgu tu marah team futsal pompuan, Malaysia punya lagi gitu).

Lepas kes bola kitorang pun baiklah sikit, tapi kitorang pantang diusik. Satu malam bulan Ramadan bebudak aspura sudah ambush kita punya aspuri dengan mercun. Kesian kat budak-budak pompuan yang jenis penakut tu terjeri-jerit...sukanya budak lelaki tu. Baik...nanti kau....(dulu mercun jual bersepah-sepah belum ada larangan) malam nanti kita balas balik.

Lepas Maghrib time aspuri makan dan lepas Isyak adalah time budak aspura makan jadi kita ada masa untuk ambush diorang pulak. Masa yang ditunggu pun tiba dan aspuri pun melancarkan serangan sesudah diorang makan dan dlm perjalanan balik ke asrama. Serangan menjadi apalagi bertempiaranlah diorang lari tapi tiba-tiba dlm gelap dengar bunyi orang menjerit kesakitan..ah sudah kena mata ke. Serangan senyap terus.

Besoknya satu aspuri kena panggil oleh warden asrama.....berdebar-debar takut kena soal tapi kami tenang aje. Warden aspuri tanya siapa punya angkara....semua tak mengaku. Aku pun pura-puralah tanya kenapa ada yg menjerit semalam.

Warden aspuri(dia pun tahu siapa punya kerja sebab masa aspuri kena ambush dia pun ada sama) mula-mula buat muka garang tapi lepas tu tersenyum-senyum sambil cakap yang ustaz yg ada sekali berjalan balik sama budak-budak aspura, melecur pehanya sebab mercun katak meletup dlm kain. Nasib baik tak kena @&***

Apa lagi kitorang pun gelak sakan. Nasib baik tak kena tindakan disiplin.

Aku masa sekolah jarang masuk kelas sebab main softball untuk sekolah dan daerah. Aku masuk kelas nak hujung tahun aje, cikgu kelas aku bising kata nanti tak boleh scorelah, apalah......tapi bila SRP (sekarang PMR) aku dapat A dia tak cakap ape.

Tingkatan 4 pulak aku lagi ligat dengan silatlah, softball,jadi pengawas lagi, pengawas asrama lagi, teman kaunseling tapi aku seronok masa tu. Warden asrama amat baik dengan aku, sekarang baru aku tau kenapa aku tak kena tindakan disiplin masa kes mercun dulu. Sebab rupanya dia ada hati ngan abang aku yg sewa kat belakang rumah warden tu. Masa tu abang aku bujang tapi dah keja kat Port Kelang (sekarang North Port). Abang aku pun memang kawan dengan cikgu-cikgu lelaki kat situ termasuk yg kena mercun tu. Aku tak taulah samada abang aku tau ke tidak pasal mercun tu...

Masa ni aku tak tau kenapa aku tak reti nak cintan cintun , aku tengok kengkawan aku asyik couple aje. Aku ada juga yang tulis surat letak bawah meja aku, tapi aku baca dan ajak kengkawan yg lain baca dan minta ide diorang nak balas surat tu. Kesian budak tu...dengar sekarang dah jadi engineer, kat mana tak tau pulak.

Masa aku Tingkatan 5 aku dah kurang sukan tapi sekarang jadi tai ko asrama lah pulak. Adik angkat keliling pinggang tapi aku tak tau nak jaga.Maklumlah bebudak tak tau makna...


Lepas abis form 5, Kak Lang aku ambik bawak balik Kajang. Baru aku tau mak dengan abah dah berpisah. Lepas tu aku sambung ambil STPM kat Kajang. Member form 6 aku ramai masuk U tapi aku tak score kali ni terus cari kerja.




Lepas dapat kerja aku sambung ambik out campus kat ITTAR. Aku buat Diploma in Information Technologi. Aku grad tahun 1996 tapi masa tu Telekom tak iktiraf ITTAR lagi, jadi aku simpan ajelah sijil aku tu.




Tapi aku tak puas hati betul....sebab betullah seperti kata orang, bila kita tak ada duit dan pangkat orang tak akan pandang kita, walaupun sedarah dengan kita.


Aku nekad aje untuk sambung buat degree. Peluang aku tiba bila Telekom buka peluang untuk sambung belajar buat Master melalui Rezzen dan UUM. Lepas dapat green light dari housemate aku, bermulalah era aku jadi seorang pelajar balik. Nasib baik duit KWSP ada kalau tak sakit juga.......dan berkat usaha dan doa aku lulus dengan cemerlang dengan CGPA 3.xx






"Aku adalah unggas samar yang terbang sendiri di rimba nan sepi.."

Pengikut