Khamis, 5 Mac 2009

Cintan, Cintun

Aku bercinta ke??? Satu persoalan yang tak pernah terfikir macamana keadaannya. Mungkin pernahlah aku bayangkan macamana agaknya rupa housemate aku...(itu pun bila umur dah 20 tau). Aku nak kawin ke? Aku tak nak jadi macam mak dengan abah aku yang berpisah selepas 40 tahun hidup bersama...(itu jodohlah orang kata).

Dari kecik aku tak pernah ramai kengkawan perempuan..kengkawan aku semua lelaki. Kawan panjat pokok, kawan cari ikan laga....Awaluddin (anak ustazah aku). Aku suka ejek dia si mata katak sebab aku rasa mata dia lebih besar daripada muka dia. Dia ni masa kecik teramatlah nakal dan aku tau dia selalu kena bantai dengan ayahnya. Sekarang aku tau dia dah jadi pengurus besar TNB kat HQ Bangsar tu. Aku kata tak nak kahwin dengan dia sebab dia jahat, sekarang dia kahwin dengan anak ustad yg cubit peha aku dulu... kira sepupu dia lah juga.


Aku ada lagi kengkawan masa kecik...Rahman, Abdul, Hanafi, Mazlan dan aku pun tak tau kat mana diorang sekarang. Mungkin dah beranak pinak kut.


Lepas aku pindah ke sekolah kat Kelang, kan aku ada cakap ada budak yg suka tulis surat letak bawah meja aku, Rusdi nama dia. Nama abah dia sama macam nama abah aku (dulu aku ingat abah aku punya anak lain). Tapi bila aku dah tengok abah dia datang sekolah aku lega sebab org lain. Dia asal Pahang dan boleh di anggap 'nerd' sikit sebab dia ni tak pernah tengok dia main game ke, lumba lari ke, asyik dok tengok buku aje...sedangkan aku ligat. Lepas SRP aku dah tak jumpa dia. Kata orang dia dapat masuk asrama penuh kat Pahang. Tak kisahlah tu, aku pun bukan syok kat dia, tapi kesian kat dia sebab dia ingat aku yang dok rajin balas surat dia. (banyak dosa ni).


Aku heranlah juga sebab aku yang super aktif ni dan 'banyak akal' ni pun ada juga orang yg cuba nak kawan dengan aku. Kat Melaka dulu, ada budak nama Sani. Dia ni dlm grup lain. Aku pun tak adalah kesah sangat nak berendut ni, yang aku tau masa tu aku buat apa yang perlu masa latihan. Sani ni gelap sikit orangnya, mula aku ingat dia ni DKK rupanya jawa. Orang Sabak bernam. (Kalau idak seng kawin lanang uong Jowo yo akhu.)


Masa kat telekom lah puncak segalanya, aku ada member se'kontrak' dengan aku dan kitorang berkawan sepanjang dua tahun jadi kerani. Mana pergi sama, makan sama sampaikan nak pergi dinner TM pun tempah baju yang sama. Sedondon orang cakap. Kalau dah sama tu adalah shikit-shikit sayang kot....entah aku pun tak tau. Dalam pada tu bos aku En Zul tu kenalkan aku dengan sorang eksekutif muda. Hemsemlah juga, putih-putih macam cina sikit. Dia pun adalah sekali dua datang kat tempat aku Bukit Mahkamah tu. Kitorang pernah lah dok berbual panjang sambil minum. Bos aku kata dia dah syok kat aku...tapi dia tak cakap pun dengan aku jadi aku macam biasa ajelah. Lepas tu kitorang tak jumpa lagi...tak selalulah kot.


Bila aku dapat tetap dan pergi IP, kawan yang aku shikit-shikit sayang ni tadi tak dapat tetap, jadi dia kena keluarlah dari TM. Aku terasa juga lah sikit tapi apa boleh buat mungkin tak ada jodoh. Aku pergi Jln Pantai, dia dapat masuk BSKL. Lepas tu aku terus lost contact dengan they all.


Nak jadi cerita..................................semasa aku lapor diri kat Cyber ni , alamak!! aku jumpa balik eksekutif kawan bos aku tu dan yang aku shikit-shikit sayang dulu tu.Kedua-duanya.......jeng-jeng-jeng di bawah bumbung yang sama. Apa boleh buat......selamba ajelah. Semua dah ada isteri dan anak-anak, aku pun dah ada housemate dan anak-anak. Kawan lama...no harm done, cuma hati yang merasa perasaan yang bercerita...


Housemate aku belum cerita lagi kan.


Hah....dia ni dulu sebenaunya bukan nak kawan dengan aku. Dia kawan dengan best friend aku yg kerja kat bangi dulu tu. Aku pernahlah ikut sekali ramai-ramai hari raya balik kampung dia kat Rembau tu. Berayalah konon, masa tu mak dia ada lagi (bakal mak mertua aku tu...manusia tak akan tahu apa yg akan terjadi dihadapannya.)

Masa best friend aku ni kawin dengan suami dia sekarang housemate aku ni datang tapi dia pakai cermin mata hitam tak bukak-bukak hatta walaupun dlm rumah. Aku dah rewang kat rumah best friend aku dah dekat seminggu kat situ. Aku tengok juga sebab heranlah tak kan makan pun tak buka cermin mata. Lantaklah aku fikir.

Lepas tulah dia pun mula contact aku kat rumah kakak aku. Aku pun layan ajelah, orang tengah frust rupanya sebab member aku kawin. Aku pun lama-lama kesianlah pulak. Masa tu dia dah bawak diri ke Sabah. 4 tahun aku kawan (bila terbitnya cinta tu aku tak pernah pasti...hanya dihati yang tersembunyi, naluri jua yang menerima) dengan Mohd Samsudin, 04 Jun 1993 aku memberi nikahku kepadanya, dan diterima sehingga ke hari ini selama 15 tahun 8 bulan.



Perjalanan kehidupan tiada siapa mengetahui.
Tersembunyi di hati tersimpan pada naluri
Hanya perasaan yang merasa pada bicara sebuah luka

Pada perjalanan jua lagak bagai selamba
walau emosi meruntun sepi
namun
pada hakikat ini perasaan yang meruntun
hanya menambah kesal didada
pada sebuah kehilangan semalam...05Mac09KL23:29-Unggas Samar di Rimba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut